Sunday, 4 December 2011

KUASA MINDA 3




PUSAT AKAL (Otak Hadapan)

Pusat Akal merupakan kurniaan Allah swt. yang membezakan kita dengan haiwan, tempat terletaknya apa yg kita panggil akal.  Pusat Akal atau otak hadapan adalah “pemandu” kita ke syurga.  Firman Allah swt bermaksud;”Bersolatlah dan sujud menghampirkan diri kepada Allah”  (Surah Al Alaq 96:16)

Pusat Akal ini  seperti CPU pada komputer, seperti CEO sesuatu syarikat jadi jika rosak CPU atau lemah CEO maka keputusan dan tindakan-tindakan yang diambil menjadi tidak betul dan tidak bijak. Jika kita punyai pusat akal yang kuat dan boleh mengawalnya, kita akan lebih kenal diri kita sendiri, boleh mengawal diri untuk mengambil tindakan2 tertentu dan boleh mencorak masa depan yg lebih hebat.

Pusat Akal ini juga menjadi tempat untuk pemikiran yang kritikal dan juga mencipta idea baru, sama seperti tugas CEO syarikat. Ia  akan mengambil semua maklumat  yang tersimpan dari bahagian otak yg lain, memerhatikan apa yg dilakukan oleh bahagian otak yang lain dan juga mengarahkan bahagian otak  tersebut untuk melakukan apa yg perlu. Melalui “database” yg tersimpan dibahagian otak yang lain, ianya menjadi bahan mentah untuk memberi manusia cita-cita, keinginan dan inspirasi untuk mendapatkan sesuatu.

Pusat Akal  akan menimbang semua kemungkinan dan situasi, menganalisa keadaan semasa dan menjangkakan apa yg akan terjadi dari pilihan  yang  dibuat baik dari segi kesan kepada diri sendiri, masyarakat dan juga alam persekitaran. Selepas analisa yang mendalam ini barulah ia akan mengarah bahagian otak yang lain menjalankan apa yang diingini.

Pusat Akal mengandungi 30% hingga 40% daripada jumlah keseluruhan otak manusia yang mana  tiada langsung pada reptilia dan jika ada pun pada haiwan yg lain, peratusnya kecil berbanding dgn manusia. Pada kucing hanya 3.5%, pada anjing 7%, pada keluarga monyet pula peratusnya dari 11 hingga 17%. Jadi jika manusia makin hari makin lemah frontal lobenya, bukankah manusia tersebut akan menyerupai haiwan atau lebih buruk dari itu? Haruan makan anak?

Melalui kajian, ahli sains mengira, pada setiap saat, otak kita memproses 400 billion bit maklumat jika dilihat dari perspektif komputer, tetapi apa yg kita sedar hanyalah 2 ribu bit sahaja, iaitu hanya 0.0000005% sahaja dari proses keseluruhan. Jadi perhatian kita pada sesuatu itu pada masa2 tertentu amatlah sedikit, tetapi Pusat Akal lah yg membolehkan kita mengawal kesedaran kita yg sedikit itu untuk menfokus pada sesuatu perkara

Pusat Akal juga membolehkan manusia belajar dari pengalaman dan memilih tindakan yang lebih bijak dimasa hadapan. Ia mengawal apa niat kita untuk sesuatu agenda yang kita lakukan, bukahkah di dalam Islam semua tindakan kita bergantung pada niat. 

Bersolatlah dan berusaha untuk mencapai kekusyukan, amat beruntunglah mereka yang sudah mencapainya. Teramat benarlah bilal yg melaungkan azan mengajak manusia sembahyang dan menuju kejayaan, kejayaan dunia dan kejayaan akhirat. Negara boleh maju dari segi ekonomi dan teknologi, tetapi jika kejayaan akhirat dilupakan maka rosaklah akhlak manusia itu sendiri.



2 comments:

  1. BAGAIMANA PULA DENGAN YANG DIKATAKAN SEBAGAI PUSAT KETENANGAN ITU MAHAGURU?MOHON DIBERI PENERANGAN

    ReplyDelete
  2. Pusat Ketenangan terletak pada Pusat Akal di dalam titik saraf otak manusia dimana ianya mampu berhubungan dengan hati (jiwa) yang mengandungi 'Nur'yang akan membawa minda kearah ketenangan batin.

    Ketenangan Batin merupakan 'Tenaga Yang Diperlambatkan' iaitu minda telah memasuki ke dalam gelombang alfa, theta atau delta.

    Semua perkara Material adalah wujud dari tenaga yang diperlambatkan,maka apabila diri kita dikuasai oleh tenaga yang diperlambatkan, tentu kita tidak akan merasai frekuensi getaran tenaga yang lebih pantas.

    Maka untuk mengalirkan tenaga yang mempunyai frekuensi getaran yang lebih pantas , kita perlu mengosongkan segala imaginasi dan khayalan yang bersifat materal daripada kotak fikiran melalui meditasi atau 'Tafakur'

    Kita perlu menjadikan fikiran kita berada pada titik ‘KOSONG’ yang senyap dan hening yang akan membuka pintu jiwa kita untuk memperolehi tenaga yang lebih pantas iaitu ‘Tenaga Kerohanian’

    Pintu Tenaga Kerohanian ini perlu dibuka selebar-lebarnya melalui Titik Ketenangan Batin dengan cara menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dengan sepenuh pasrah dan tawakal.

    Pada saat inilah kita berada pada Titik Ketenangan batin yang akan menyelimuti jiwa kita dengan tenaga yang mempunyai frekuensi yang sangat pantas yang dikenali sebagai Tenaga Kerohanian

    Untuk maklumat lanjut. saya akan postkan satu catatan tentang Kuasa Minda bertajuk "Akal Dan Kuasa Pemikiran" di Halaman Utama.

    wasalam.... (Mahaguru)

    ReplyDelete