Di dalam kehidupan
seharian kita, biasanya kita akan bermonolog atau berkata dengan diri sendiri.
Apabila kita marah atau gembira atau sebagainya, seringkali kita berceloteh
dengan diri sendiri, ramai orang mengaitkan dengan berkata di dalam hati.
Sebenarnya kita berkomunikasi dengan minda bawah sedar kita. Sebab itu ramai
orang menyarankan untuk sentiasa berfikiran positif, kerana jika kita
berfikiran positif, perkara-perkara yang positif akan datang ke dalam hidup
kita. Disebabkan minda bawah sedar kita ini akan membantu kita dalam mencapai
apa jua yang kita ingini. Justeru itu, jika kita sering berfikiran negatif, apa
yang kita akan capai adalah benda yang negatif jua.
Bermula dari
sekarang, ubahlah cara kita berfikir, kerana ianya akan membantu kita mencapai
lebih banyak perkara positif di dalam kehidupan. Gunakanlah minda bawah sedar
kita ini dengan sebaik-baiknya, kerana ianya telah dibuktikan, kuasa minda
bawah sedar kita ini adalah jauh lebih kuat dari minda sedar kita. Dalam suatu
majlis budak-budak sekolah, satu demontrasi minda bawah sedar ini telah
dilakukan, di mana 4 kerusi telah disusun, dan seorang pelajar di minta untuk
berbaring di atas kerusi tersebut. Pelajar itu disuruh untuk fokus mengatakan
beliau adalah papan dan batu. Setelah lebih kurang 5 minit, pelajar itu telah
menjadi “papan dan batu”. 2 kerusi di tengah-tengah dialihkan dan badan pelajar
tersebut tetap lurus tanpa bengkok walau sedikitpun, untuk menjadikan ujian
tersebut lebih kukuh, seorang pelajar lain di minta untuk duduk di atas pelajar
yang berbaring itu, tetapi hasilnya tetap sama, badan pelajar yang berbaring
itu tetap lurus. Kemudian pelajar yang lain berjalan atas badan pelajar
berbaring tersebut, masih sama keputusannya, tetap lurus.
Di sini kita dapat
lihat bagaimana minda bawah sedar pelajar tersebut telah menjadikan badannya
seolah-olah papan dan batu, keras dan rata sifatnya. Begitulah kekuasaannya
yang perlu kita gunakan, jika kita ingin mencapai apa juga yang kita telah
fikirkan, cubalah dari sekarang untuk menggunakan kuasa minda bawah sedar kita
ini, kerana pasti ianya akan membantu kita dalam perjalanan mencapai matlamat
tersebut. Buanglah fikiran negatif dalam hidup kita, jika orang lain negatif,
berilah nasihat, tetapi jika mereka enggan mendengar, usahlah kita teruskan
fikiran negatif tersebut. Hindarkan diri dari orang sebegini dan carilah mereka
yang berfikiran positif. Kita tidak mampu untuk mengubah cara orang lain
berfikir, tetapi kita mampu untuk mengubah cara diri kita berfikir.
Punca
utama anda tidak mencapai apa yang anda kehendaki dalam kehidupan adalahkerana
anda tidak tahu berkomunikasi dengan Minda Bawah Sedar atau berkemungkinan anda
menghantar mesej yang salah.
Kita hanya
menggunakan 10% darikekuatan minda selainnya tidak digunakan dengan betul menyebabkan
75% daripada usaha kita menemui kegagalan.
Bayangkan apa akan
berlaku jika kita memaksimumkan penggunaan minda kita itu. Pastinya keajaiban
akan berlaku
Sebenarnya
fikiran kitalah yang membentuk peribadi kita. Dan arahan fikiran kita adalah faktor
utama yang menentukan perjalanan hidup kita
Demensi Baru Kearah Satu Perubahan Yang LuarBiasa....
Anda Pasti Berjaya...!!!




No comments:
Post a Comment