SELAMAT DATANG
KE AKADEMI AURA TRI-QUANTUM
KE AKADEMI AURA TRI-QUANTUM
| Mahaguru Samson Bin Subari |
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Setiap manusia mempunyai kelebihan untuk menggunakan
kekuatan luarbiasa yang ada dalam dirinya. Tetapi hanya sedikit orang yang
mengetahui cara untuk membangkitkannya.
“Allah swt menganugerahkan hikmah (kebijaksanaan atau ilmu
yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang
ditentukan-Nya). Sesiapa yang dianugerahkan hikmah maka dia benar-benar telah
dianugerahkan kurniaan yang banyak. Hanya orang-orang yang berakal sahaja yang
dapat mengambil pelajaran” (surah
al-Baqarah ayat 269)
Mahaguru Samso adalah salah seorang yang dianugerahi Tuhan dengan
Hikmah untuk membangkitkan kemampuan tersebut melalui pengalaman beliau yang
bertahun-tahun mengkaji kekuatan jiwa dan kekuatan minda bawah sedar
serta mengamalkan olah nafas, meditasi, tafakur dan doa berdasarkan sains
metafizik secara Islamik.
Maka beliau telah menemukan suatu kaedah yang efektif
sekali untuk membangkitkan potensi kekuatan luarbiasa tersebut. Kaedah yang
dipanggil sebagai Tri-Quantum yang mengambungkan Tenaga Prana, Temaga Kosmik
dan Tenaga Rohani ini sangat mudah dipelajari karena kerana berdasarkan konsep
Piramid Diri, Piramid Minda dan Piramid Jiwa yang sesuai dengan fitrah akal
manusia yang sihat, harmoni dengan alam dan sesuai dengan tuntunan agama.
PROFIL PENGASAS
Mahaguru Samson Bin Subari adalah Yang Dipertua
Pertubuhan Seni Silat Gabungan GerakPanca (PSSGGP). Beliau dilahirkan
di kampong peserai kecil, simpang lima, batu pahat. Johor. Sejak
berumur 12 tahun lagi, beliau telah berminat mempelajari berbagai ilmu
persilatan dari guru-guru dan orang-orang tua di seluruh tanah air.
Beliau telah mempunyai beberapa gelanggang silat di sekitar batu pahat
sejak berusia 15 tahun lagi.
Diantara gelanggang persilatan masa kini ialah;
1. GELANGGANG INDUK KG PESERAI KECIL, SPG 5 BATU PAHAT.
2. CAWANGAN GELANGGANG TMN BUKIT PERDANA.
3. CAWANGAN GELANGGANG KG BATU PUTIH.
4. CAWANGAN GELANGGANG TMN SRI WANGSA.
5. CAWANGAN GELANGGANG TAHFIZ AL-QURAN KG DALAM
6. KELAB SILAT SEK MEN KEB DATO ONN
7. KELAB SILAT SEK MEN KEB BANANG JAYA
Beliau merupakan pengasas Pertubuhan Seni Silat
Gabungan Gerakpanca (PSSGGP) batu Pahat Johor yang mempunyai lima
cabang ilmu persilatan iaitu;
1. ILMU MEMPERTAHANKAN DIRI GERAKPANCA
2. ILMU TENAGA DALAM INDERASAKTI
3. ILMU KEBATINAN WANGSASAKTI
4. ILMU PERMAINAN SENJATA CAKRA BUANA
5. ILMU PERUBATAN TRADISIONAL SYIFA’ AL-QUBRA
Kesemua ilmu ini adalah hasil kajian dan penelitian
beliau semasa mempelajari dan mengamalkan semua ilmu persilatan,
kebatinan dan kerohanian.
Aura Terapi Tri-Quantum adalah kajian terbaru beliau
dalam sains metafizik yang berkait rapat dengan sumber kekuatan manusia
melalui olah pernafasan, kuasa minda dan kerohanian yang terbahagi
kepada 3 modul iaitu;
1. MODUL PIRAMID DIRI – Menarik Tenaga Prana Matahari, Bumi dan Udara
2. MODUL PIRAMID MINDA – Menarik Tenaga Kosmik
3. MODUL PIRAMID JIWA – Menarik Tenaga Rohani
3. MODUL PIRAMID JIWA – Menarik Tenaga Rohani
keropok ke tu
ReplyDeleteApa bezanya keropok dengan kaca... makanan hanya penyebab izin Allah bagi kenyang... Dan dengan izin Allah swt juga kaca tidak akan memudaratkan kepada sesiapa yang memiliki kekuatan minda dan bertawakal kepada Allah swt....
ReplyDelete