AKAL DAN PEMIKIRAN MANUSIA
Minda
ditakrifkan sebagai proses fikiran sedar dan bawah sedar yang terjalin dan
dikaitkan dengan otak terutamanya fikiran yang bersifat kebijaksanaan.
Berfungsi
sebagai alat penting untuk memancar getaran jalan fikiran manusia.Ia juga
menerima getaran dari minda orang lain.
Imaginasi
merupakan alat perantara komunikasi antara jalan fikiran dengan tempat yang
dapat siterima melalui rangsangan fikiran.
Fikiran boleh
menjadi peka terhadap rangsangan luar apabila dirangsang daya getarannya hingga
peringkat tertinggi.
Emosi manusia
berkait rapat dengan kekuatan serta dorongan minda manusia.Minda yang
dirangsang akan berfungsi dengan baik.
Kebijaksanaan
manusia atau tenaga fizikalnya masih belum mampu untuk mengendalikan tenaga
gelombang yang menggelorakan air laut.Kebijaksanaannya juga masih belum mampu
memahami daya tarikan bumi yang tidak kelihatan yang menjadikan bumi terapung
diruang angkasa.
Manusia tidak
menghadkan pemikiran mereka kepada perkara yang tidak boleh dilihat sahaja
tanpa menghiraukan benda yang boleh dilihat padahal benda yang tidak dapat
dilihat itu sentiasa berada disekelilingya.
Bagaimana
terzahirnya Ilmu Pengetahuan?
Akal merupakan
urat saraf yang membezakan manusia dengan makhluk hidup yang lain.Ada lima
saraf yang membawa khabar dari panca indera ke otak iaitu:
- pusat akal
- pusat kemahuan
- pusat ingatan
- pusat kesedaran
- pusat nafsu
Ilmu itu
diperolehi dengan nur yang dicampak oleh Allah kedalam hati sesorang.Menurut al
imam al-ghazali hati manusia itu mempunyai dua pintu iaitu:
- Pintu yang
terbuka kearah alam malakut iaitu luh mahfuz dalam alam malaikat.Menurutnya
hakikat sesuatu itu adalah tersurat dan gambarannya dapat dicapai oleh
pendakian hati yang bersih.
- Pintu yang
terbuka kearah panca indera yang bertumpang kepada alam mulk dan alam
syahadah(kerajaan duniawi dan alam nyata). Pintu ini hanya akan terbuka kepada
orang yang berzikir kepada Allah semata-mata.
Kejayaan manusia
bermula daripada akal fikiran yang merupakan punca untuk menghasilkan sesuatu. Akal
itu nur (cahaya) yang dibekalkan dihati manusia diaman alirannya bersambung
sampai ke otak. Firman Allah yang bermaksud:
“ALLAH MENGURNIAKAN
HIKMAT(RAHSIA ILMU) KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA:DAN SESIAPA YANG
DIKURNIAKAN HIMAT MAKA SUNGGUH DIA TELAH DIBERI KEBAJIKAN YANG BANYAK DAN
TIADALAH YANG DAPAT MENGAMBIL PELAJARAN KECUALI ORANG-ORANG YANG BERFIKIRAN.”
( SURAH AL-BAQARAH AYAT 269.)
Nur cahaya
merupakan suatu yang menyebabkan kita Nampak dengan jelas akan sesuatu.Ianya
perlu untuk kehidupan yang berhubung dengan agama dan penerimaan petunjuk dari
Allah s.w.t..Nur itu terbahagi kepada dua bahagian:
- Nur
zahir/lahir(hissi): cahaya yang membantu kita melihat sesuatu dengan mata kepala
kita sendiri seperti kita melihat sinaran matahari.
- Nur
batin(ma`nawi): cahaya yang membantu kita melihat sesuatu dengan mata hati
terhadap perkara ghaib atau memahami sesuatu hakikat.
Adapun nur ini
terbahagi kepada lapan lapan kategori iaitu:

- Nur
iman; cahaya keimanan sejati yang dapat menembusi segala kegelapan dimana yang
nyata keagungan Allah yang menyinari hati insan.
- Nur
al-qalb; cahaya yang wujud dengan sempurna,diperoleh dari nur iman.
- Nur
ar- ruh; cahaya yang diperoleh sebab patuh kepada Allah s.w.t. dan suci
peribadinya hingga rohnya dapat berhubung dengan alam malaikat.
- Nur
an-nafs; cahaya peribadi yang wujud berikutan memperoleh cahaya dari nur ar-ruh.
- Nur
as-sirr; cahaya rahsia yang diperoleh dengan mengenal Allah,diikuti dengan
hubungan kepada Maha Pencipta tanpa selain-Nya hingga dapat menyaksikan
keajaiban ilahi dialam malakut,alam mulk dan alam syahadah.
- Nur
al-aql; cahaya aqal yang wujud dengan memperoleh sinaran dari nur as-sirr.
- Nur
al-quran; cahaya quran yang merupakan Nur Allah s.w.t. yang berhubung rapat
dengan zat-Nya.Hakikatnya diserah kepada Allah,Cuma hanya diketahui inilah yang
menimbulkan Nur as-sirr dan nur yang lain.
- Nur
al-kasyf; cahaya singkapan atau nur al-quran yang paling tinggi dan memberi
kesan istimewa.Nur ini jugalah yang menyelubungi peribadi nabi Muhammad saw
hingga baginda dapat memandang sesuatu dengan izin Allah s.w.t.
FirmaN Allah
yang bermaksud:
“WAHAI MANUSIA,SESUNGGUHNYA
TELAH DATANG KEPADAMU BUKTI KEBENARAN DARIPADA TUHANMU(NABI MUHAMMAD DAN
MUKJIZATNYA) DAN KAMI TELAH MENURUNKAN KEPADAMU SATU CAHAYA(AL QURAN)YANG
TERANG BENDERANG.” (SURAH AN-NISAA AYAT 147)
Nur ini jugalah yang dapat membuatkan
pandanganmata khalifah umar al-khatab terbuka dan dapat
melihat tentera islam yang sedang barjuang menentang tentera parsi dimana
beliau mengeluarkan perintah menggempur tentera musuh dengan hebat hingga
tentera parsi dapat ditumpaskan.
Titik
Ketenangan Batin….
Semua
perkara Material adalah wujud dari tenaga yang diperlambatkan. Apabila diri
kita dikuasai oleh tenaga yang diperlambatkan, tentu kita tidak akan merasai
frekuensi getaran tenaga yang lebih pantas.
Maka
untuk mengalirkan tenaga yang mempunyai frekuensi getaran yang lebih pantas ,
kita perlu mengosongkan segala imaginasi dan khayalan yang bersifat materal
daripada kotak fikiran.
Kita
perlu menjadikan fikiran kita berada pada titik ‘KOSONG’ yang senyap dan
hening yang akan membuka pintu jiwa kita untuk memperolehi tenaga yang lebih
pantas iaitu ‘Tenaga Kerohanian’
Pintu
Tenaga Kerohanian ini perlu dibuka selebar-lebarnya melalui Titik Ketenangan
Batin dengan cara menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dengan sepenuh
pasrah dan tawakal.
Pada
saat inilah kita berada pada Titik Ketenangan batin yang akan menyelimuti jiwa kita
dengan tenaga yang mempunyai frekuensi yang sangat pantas yang dikenali sebagai
Tenaga Kerohanian