Thursday, 1 December 2011

MINDA 3



KEKUATAN AKAL MANUSIA

Metafizik merupakan suatu cabang ilmu falsafah berhubung kebenaran. Setiap orang Islam haruslah mengemukakan persoalan di dalam dirinya yang berkaitan dengan manusia dan pemikiran, sumber-sumber ilmu pengetahuan samada daripada akal maupun wahyu, tujuan dan kaedah berfikir, pemikiran meterialisme dan pemikiran murni bagi menghapus­kan fahaman falsafah spekulatif dan bidaah yang cuba mencemarkan kesucian dan kedinamikan Islam. Seterusnya kaedah ini bolehlah untuk dijadikan panduan bagi genarasi muda Islam untuk mengamalkan kaedah berfikir yang sesuai dengan syariat Islam
.

Suatu kaedah pemikiran Islam mestilah dikemukakan sebagai pendekatan berfikir yang cukup popular di kalangan para ulama yang muktabar, yang jelas meletakkan akal itu di bawah pimpinan wahyu, samada dalam usaha mereka menetapkan sesuatu hukum, maupun ketika mereka memperkatakan soal-soal yang berkaitan dengan takdir. qada dan gadar, hari kiamat, sifat-sifat Tuhan dan sebagainya itu yang semuanya termasuk dalam wilayah ‘Metafizik’.

Dalam ajaran Islam, kebebasan berfikir memanglah sangat digalakkan, tetapi kebebasan itu bukanlah bermaksud dengan hanya menggunakan logika semata-mata untuk mendalami hal-hal yang ber­kaitan dengan metafizik, kerana dengan akal sahaja maka usaha itu akan kerap mengalami kegagalan. Oleh kerana akal manusia adalah terbatas dan ilmu manusia cumalah sedikit, ibarat hanya setitik air dari lautan maha luas, maka tidaklah sepadan bagi akal manusia itu untuk mengetahui dengan sejelas-jelasnya dan selengkapnya mengenai segala suatu yang ada disebalik alam fizik ini, iaitu apa yang disebut dengan metafizik itu.


Bagaimanapun, disepanjang sejarah Islam memang wujudnya kelompok-kelompok manusia yang terus memacu kekuatan rasionalnya dalam membahaskan perkara-perkara ghaib yang sudah pun diperjelaskan di dalam Al-Quran. Bagi mengelakkan perkara seumpama ini berterusan berlaku, maka kebanyakan ulama silam seperti Imam al-Ghazali telah melarang umat Islam daripada mempelajari falsafah, kerana dikhuatiri ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kehebatan berfikir dengan cara rasional itu.

Nikmat terbesar yang telah dikurniakan oleh Allah swt. kepada manusia aialah akal untuk berfikir, tetapi kebanyakan manusia yang telah diberi petunjuk melalui Al-Quran itu, masih tidak mahu berfikir dan menggunakan akalnya untuk membezakan antara yang haq dan yang batil. Rasullah saw. sewaktu hayatnya pernah bersabda bahawa bertafakur seminit bagi tujuan mencapai tingkat pemikiran yang paling mendalam untuk memecahkan sesuatu permasalahan itu merupakan suatu ibadat. Bertafakur sambil berzikir akan membenarkan diri menghilang­kan segala-galanya sehingga semuanya menjadi kosong, maka yang ada hanyalah Tuhan semata-mata.

Setiap orang Islam haruslah mengadakan hubungan dengan Allah swt., beristagarah, berkomunikasi dengan menggunakan gelombang dalaman bagi mendapatkan firasat dan menemukan diri dengan ilham yang baik yang datangnya daripada Tuhan. Merenung dengan mata hati akan memperlihatkan kepada kita bahawa bagi Allah swt., segala kehebatan alam fizikal yang berada dihadapan kita itu hanyalah tidak lebih dari serpihan debu yang melayang ditiup angin. Manusia perlu kepada kekuatan dalaman untuk menyelesaikan masalah luaran.

Orang yang fanatik tidak berupaya melihat kebenaran, mereka ada akal tetapi tidak dipergunakan untuk merenung  ciptaan-ciptaan -Tuhan. Mereka lebih sesat daripada binatang kerana binatang tidak dibekalkan oleh Allah swt. dengan akal, sedangkan manusia diberikan akal tetapi tidak mempergunakannya untuk mencari kebenaran. Setiap orang Islam mestilah saling ingati mengingati tentang kebenaran dan kesabaran kerana kebenaran tidak akan wujud tanpa kesabaran.

Imam Al-Ghazali pernah berkata; bahawa akibat buruk kepada pihak yang menolak amatlah berat, kerana golongan yang lemah akan pemikirannya menyangka bahawa jikalau sabda Nabi saw. dan ungkapan sufi ini bercampur-aduk tertulis dalam kitab-kitab falsafah, atau bercampur dengan kepalsuan mereka maka kitab-kitab itu mestilah dipulaukan dan jangan disebut namanya sama sekali. Malahan jikalau terdapat orang yang masih mahu menyebutnya, maka orang itu mestilah disalahkan, kerana daripada orang inilah perkara itu mula-mula sekali didengar. Maka dengan serta-merta-menurut pertimbangan akal mereka yang lemah, terus menghukum salah kerana orang yang menyebutnya ini pembuat salah. Contohnya, seorang Kristian mengucap "Laillahaillallah, Isa Rasullah", lalu disalahkan dengan alasan kerana ia mengucapkan kata-kata orang Kristian. Ia tak bersabar dan berfikir dengan tenang, adakah orang Kristian itu jadi kafir dengan mengucapkan ucapan itu ataupun ia menjadi kafir kerana ingkar kepada kenabian Muhammad saw., maka tidaklah boleh disalahkan ungkapannya atau perbuatannya yang lainnya yang tidak boleh menjadikannya kafir. Perkataan yang telah diucapkannya itu memang benar begitu dan memang benar pula disisi orang Kristian.itu sendiri. Manakala orang yang lemah pemikirannya selalu menjadi begini, mereka kenal kebenaran dengan melihat orang yang mengatakannya, bukan mengenal orang dengan kebenaran yang telah diucapkannya.

Sebenarnya, orang yang berfikiran waras akan mengenali tiap kebenaran dengan meneliti perkataan itu sendiri. Kalau benar, maka akan diterima samada keluarnya daripada mulut pendusta atau orang yang benar. Malah lebih jauh daripada itu seboleh-bolehnya ia akan menapis kebenaran yang datang daripada ungkapan-ungkapan orang yang sesat, sepertimana mengayak emas daripada campuran tanah dan lumpur. Tukang wang yang berpengalaman tidak akan teragak-agak memasukkan tangannya ke dalam dompet atau sakunya dan memisahkan wang tulen daripada wang tiruan-:.yang palsu. Orang hulu yang tidak pernah pun mendengar loceng akan tercengang-cengang kerana tidak dapat untuk membezakan yang mana emas tulen dan yang mana pula emas tiruan. Oleh itu, jangan bimbangkan itek jatuh ke kolam, tetapi orang yang tidak pandai berenanglah yang mesti diawasi. Maka jangan sekali-kali mendekati ular, tetapi jangan bimbangkan pekerja yang mengendalikan ular kerana itu memang menjadi kebiasaannya.

Akhir sekali, bahawa fikiran itu ada empat iaitu pemikiran daripada Tuhan, pemikiran daripada Malaikat, pemikiran daripada diri sendiri dan pemikiran daripada syaitan. Sedangkan tindakan yang benar-benar ikhlas itu ialah sesuatu tindakan yang tidak diketahui oleh Malaikat yang hendak mencatatnya, maupun oleh syaitan yang akan merosakkannya dan oleh jiwa yang akan membanggakannya.



Demensi Baru Kearah Satu Perubahan Yang LuarBiasa.... 

Ketahui RAHSIA MINDA agar dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan Potensi Diri Manusia Sebenar dengan mengikuti program-program motivasi dan kursus Tenaga Dalam, Kuasa Minda dan Kekuatan Rohani di AKADEMI AURA TRI-QUANTUM.
Anda Pasti Berjaya...!!!

No comments:

Post a Comment