MANUSIA
MULIA KERANA MEMAKSIMAKAN PENGUNAAN AKAL
Ketika Aisyah di tanya mengenai akhlak Nabi Muhammad saw., beliau menjawab; “
Akhlak Rasulullah saw. ialah al-Quran”. Al-Quran adalah kitab suci
sebagai panduan umat Islam. Jesteru itu, untuk meluhat akhlak Rasulullah saw.
di dalam al-Quran memerlukan kepada ilmu dan inilah yang telah dilakukan oleh
para ilmuan Islam, samada menggunakan
pendekatan tradisional iaitu mengeluarkan
beberapa ayat daripada al-Quran dan al-Hadis yang berkaitan dengan
akhlak yang kemudiannya diulas dengan menggunakan pendekatan ahli falsafah
barat.
Akhlak adalah salah satu bidang kajian yang
sentiasa mendapat perhatian dalam
mana-mana tamadun dunia termasuklah tamadun Yunan. Permasalahan akh;ak adalah
antara permasalahan yang paling rumit dan paling banyak dikaji dalam sejarah
falsafah, tidak ada pengkaji dalam bidang falsafah kecuali telah menyentuh bidang akhlak ini. Permasalahan akhlak dari perspektif agama adalah lebih
mendalam dan meluas serta lebih lama berbanding dengan yang didapati di
kalangan ahli falsafah.
Diantara tokoh falsafah yang mengkaji akhlak ialah Socrates
yang memberi perhatian kepada hubungan sesama manusia. Beliau tidak mengikuti
jejak ahli falsafah sebelumnya yang menumpukan kajian mereka terhadap asal usul
kejadian alam, bahkan beliau menganggap kajian tersebut tidak memberi sebarang
manfaat. Beliau menegaskan bahawa kita mesti membina satu visi yang
berlandaskan kepada amalan, bukan setakat teori. Oleh kerana pandangan beliau
bersifat demikian, beliau dikatakan sebagai
orang yang menurunkan falsafah dari langit turun ke bumi. Oleh sebab
itulah beliau dianggap sebagai pengasas utama ilmu akhlak kerana beliaulah yang pertama mengusahakan supaya hubungan
sesama manusia hendaklah berlandaskan sains (ilmu). Akhlak dan muamalat menurut
beliau tidak akan sah dan betul kecuali berlandaskan ilmu sehingga beliau
menganggap ilmu itu sebagai fadilat (kebaikan). Dalam Islam dinamakan konsep
Iman dan amal dengan kata lain bermuamalah dan berinteraksi menerusi ilmu dan
bukannya berinteraksi secara semberono.
Plato adalah murid kepada Socrates. Pandangan Plato dalam bidang akhlak
berdasarkan kepada konsep idealisme dimana
beliau berpendapat bahawa disebalik alam nyata ini, ada satu lagi alam iaitu
alam rohani. Diantara banyak idealisme ialah idealisme kebaikan iaitu suatu
makna yang mutlak, azali, abadi dan sangat lengkap dan setiap kali amalan
mendekatkan diri kepadanya lalu amalan itu memancarkan cahayanya, maka amalan
tersebut menjadi lebih hampir kepada kesempurnaannya.
Untuk memahami idealisme kebaikan itu memerlukan kepada latihan jiwa dan pendidikan minda.
Oleh sebab itu, tidak ada yang dapat memahami fadilat (kebaikan) dengan
sebaik-baiknya kecuali ahli falsafah. Beliau juga berpendapat bahawa jiwa
manusia mempunyai pelbagai kekuatan yang
berbeza-beza dan fadilat (kebaikan) timbul menerusi keseimbangan antara
pelbagai kekuatan tersebut dan tunduknya kepada hukum akal. Asas fadilat menurut beliau ada empat (4)
iaitu al-Hikmah (kebijaksanaan), as-Syaja’ah (keberanian),
al-Iffah (wara’ atau integriti) dan al-‘Adl (keadilan).
Beliau juga bependapat
bahawa matlamat yang dituntut oleh manusia dalam amalannya adalah kebahagiaan dan cara untuk mencapai kebahagiaan tersebut ialah dengan menggunakan sebaik-baiknya kekuatan intelek
(a-lquwwah al-‘aqilah).
Aristo adalah pengasas konsep kesederhanaan dengan kata lain setiap fadhilat adalah
pertengahan antara dua keburukan; sebagai contoh terlalu pemurah atau terlalu bakhil. Allah
swt. menerangkan di dalam al-Quran yang bermaksud;
“Dan janganlah kamu jadikan tanganmu
terbelenggu pada lehermu
dan janganlah kamu terlalu menghulurkannya”.
Nampak jelaslah bahawa pemikiran ahli falsafah yunan
dipetik daripada ajaran para Nabi yang awal tetapi mereka mengolah dan
melakukan pengubah-suaian sehingga pendapat mereka hampir kepada ungkapan para
Nabi. Sebenarnya akhlak dalam Islam
terbahagi kepada empat (4) bahagian; Akhlak kepada pencipta, Akhlak kepada diri
sendiri, Akhlak kepada sesama manusia dan akhlak kepada persekitaran
termasuklah binatang dan tanam-tanaman. Salah satu kaedah umum dalam Islam
ialah Jika kamu melakukan kebaikan maka kebaikan itu adalah untuk dirimu dan
sebaliknya jika kamu melakukan kejahatan pada hakikatnya kamu melakukannya
terhadap dirimu sendiri. Allah swt. menjelaskan di dalam al-Quran yang
bermaksud;
“Jika kamu berbuat baik, kamu berbuat baik
bagi dirimu sendiri
dan jika kamu berbuat jahat maka kejahatan
itu bagi dirimu sendiri”.
Sebagai contoh, orang yang dizalimi nampak menderita
tetapi yang lebih menderita pada hakikatnya adalah orang yang zalim kerana
kezaliman timbul daripadanya. Tetapi kerana daya intelek tidak begitu
berfungsi, maka ramai orang yang suka menzalimi orang lain, bahkan merasa
nikmat dan bangga dengannya.
Maskawaihi (325 – 421H) adalah tokoh Islam yang banyak
terpengaruh dengan pandangan ahli falsafah dalam memahami dan menerangkan
fenomena akhlak, beliau berpendapat bahawa ada tiga (3) peringkat kekuatan
manusia; yang paling tinggi ialah al-Nafs
al-Natiqah (intelek dan akal), yang sederhana ialah al-Nafs
al-Sabuiyyah (sifat kebinatangan yang buas) dan yang paling rendah
ialah al-Nafs al-Bahimiyyah (sifat kebinatangan). Menurut beliau,
manusia menjadi manusia kerana akalnya, dengan akal manusia berkongsi dengan
malaikat dan berbeza dengan binatang. Manusia yang paling mulia ialah manusia
yang memaksimakan penggunaan akalnya dan barangsiapa yang membiarkan dua
kekuatannya yang lain itu mendominasikan dirinya maka dia akan jatuh ke
martabat binatang. Oleh itu, lihatlah di manakah kamu meletakkan dirimu kerana
perkara ini diserahkan kepada dirimu maka terpulanglah kepada kamu untuk
memilihnya. Kalau kamu mahu maka letakkanlah dalam darjat binatang, lalu kamu
menjadi sebahagian daripadanya atau kamu letakkannya dalam darjat para
malaikat, lalu kamu menjadi sebahagian daripadanya.
Imam Al-Ghazali dikatakan banyak terpengaruh dengan idea maskawaihi
dan kitab ‘al-Zariah ila Makarim al-shariah’ yang membahagikan kekuatan manusia
juga kepada tiga (3) bahagian; Quwwat al-Hikmah (kekuatan
kebijaksanaan atau ilmu), Quwwat al-Ghadah (kekuatan sifat marah)
dan Quwwat al-Shahwah (kekuatan hawa nafsu). Menurut Imam
al-Ghazali, keseimbangan tiga kekuatan inilah yang menghasilkan akhlak yang
mulia atau keadilan. Matlamat akhlak pada pandangan beliau ialah menimbang
seseorang individu menerusi neraca syarak dan akal. Disinilah kita melihat bahawa Imam al-Ghazali mengambil kira
pandangan syarak dan akal dalam menilai sesuatu perbuatan samada baik atau
sebaliknya.
Al-Mawardi (364 - 450H) menghuraikan akhlak Islam dalam
karyanya ‘Adab al-Dunya wa Al-Din’ dengan menggunakan pendekatan tradisional
iaitu menggunakan perbincangannya dengan ayat al-Quran , hadis, syairArab dan
nilai tradisi Arab yang positif tanpa merujuk kepada pendapat ahli falsafah.
Maka sebagai kesimpulan, tidak dinafikan bahawa pendekatan falsafah telah
membantu sedikit sebanyak dalam memahami erti akhlak Islam dan seterusnya
mengamalkannya dalam kehidupan, terutamanya dalam aspek merasionalkan sesuatu
perbuatan samada melakukan kebaikan atau meninggalkan kejahatan.
Sebenarnya dari
perspektif agama Islam, jiwa yang sihat akan menikmati amalan yang baik dan
amalan tersebut akan menyuburkannya,
sementara amalan jahat akan menyeksakannya. Jiwa yang sakit pula akan
sebaliknya. Oleh sebab itu, Imam al-Ghazali berpendapat bahawa ilmu dapat
membantu jiwa untuk mencapai
kesempurnaannya lalu layak menerima limpahan rahmat. Maka itulah tuntutan yang
sebenarnya dan itulah intipati kebahagiaan. Dengan amal yang baik pula jiwa
mendapat kebaikan (fadhail) dan hawa nafsu dapat dipatahkan lalu jiwa tidak
lagi terganggu untuk meneruskan perjalanannya mendekatkan diri kepada
Penciptanya.
Abu Muhammad Ali bin Ahmad bin Hazim (384 -
456H) membincangkan akhlak Islam dalam bukunya’ al-Akhlak wa al-Siyar au
Risalah fi Mudawat al-Nufus wa Tahzib al-Akhlak wa al-Zuhd fi al-Razail’.
Sekalipun beliau cuba menghuraikan dalam
bentuk tradisional tetapi tidak dapat lari daripada pendekatan falsafah
terutamanya ketika menyentuh tentang pembahagian asas ‘fadhail’ (kebaikan),
beliau membahagikannya kepada empat (4) bahagian; iaitu keadilan, kefahaman ,
keberanian dan sifat pemurah. Tidak
dinafikan bahawa beliau banyak mengemukakan pemikiran asal dalam buku tersebut
dan sangat menarik untuk dibandingkan dengan karya Ibn Maskawaih al-tahzib dan
karya al-Muhasibi al-Riayah.
Ketahui RAHSIA MINDA agar dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan Potensi Diri Manusia Sebenar dengan mengikuti program-program motivasi dan kursus Tenaga Dalam, Kuasa Minda dan Kekuatan Rohani di AKADEMI AURA TRI-QUANTUM.
Anda Pasti Berjaya...!!!
Demensi Baru Kearah Satu Perubahan Yang LuarBiasa....
Anda Pasti Berjaya...!!!

No comments:
Post a Comment