PUSAT AKAL (Otak Hadapan)
Pusat Akal merupakan kurniaan Allah swt. yang membezakan kita dengan
haiwan, tempat terletaknya apa yg kita panggil akal. Pusat Akal atau otak hadapan adalah “pemandu”
kita ke syurga. Firman Allah swt bermaksud;”Bersolatlah dan
sujud menghampirkan diri kepada Allah” (Surah Al Alaq 96:16)
Pusat Akal ini seperti CPU pada
komputer, seperti CEO sesuatu syarikat jadi jika rosak CPU atau lemah CEO maka
keputusan dan tindakan-tindakan yang diambil menjadi tidak betul dan tidak bijak.
Jika kita punyai pusat akal yang kuat dan boleh mengawalnya, kita akan lebih
kenal diri kita sendiri, boleh mengawal diri untuk mengambil tindakan2 tertentu
dan boleh mencorak masa depan yg lebih hebat.
Pusat Akal ini juga menjadi tempat untuk pemikiran
yang kritikal dan juga mencipta idea baru, sama seperti tugas CEO syarikat.
Ia akan mengambil semua maklumat yang tersimpan dari bahagian otak yg lain,
memerhatikan apa yg dilakukan oleh bahagian otak yang lain dan juga mengarahkan
bahagian otak tersebut untuk melakukan
apa yg perlu. Melalui “database” yg tersimpan dibahagian otak yang lain, ianya
menjadi bahan mentah untuk memberi manusia cita-cita, keinginan dan inspirasi
untuk mendapatkan sesuatu.
Pusat Akal akan menimbang semua kemungkinan dan situasi,
menganalisa keadaan semasa dan menjangkakan apa yg akan terjadi dari pilihan yang dibuat baik dari segi kesan kepada diri
sendiri, masyarakat dan juga alam persekitaran. Selepas analisa yang mendalam
ini barulah ia akan mengarah bahagian otak yang lain menjalankan apa yang
diingini.
Pusat Akal mengandungi 30%
hingga 40% daripada jumlah keseluruhan otak manusia yang mana tiada langsung pada reptilia dan jika ada pun
pada haiwan yg lain, peratusnya kecil berbanding dgn manusia. Pada kucing hanya
3.5%, pada anjing 7%, pada keluarga monyet pula peratusnya dari 11 hingga 17%.
Jadi jika manusia makin hari makin lemah frontal lobenya, bukankah manusia
tersebut akan menyerupai haiwan atau lebih buruk dari itu? Haruan makan anak?
Melalui kajian, ahli sains
mengira, pada setiap saat, otak kita memproses 400 billion bit maklumat jika
dilihat dari perspektif komputer, tetapi apa yg kita sedar hanyalah 2 ribu bit
sahaja, iaitu hanya 0.0000005% sahaja dari proses keseluruhan. Jadi perhatian
kita pada sesuatu itu pada masa2 tertentu amatlah sedikit, tetapi Pusat Akal lah yg
membolehkan kita mengawal kesedaran kita yg sedikit itu untuk menfokus pada
sesuatu perkara
Pusat Akal juga membolehkan manusia belajar dari
pengalaman dan memilih tindakan yang lebih bijak dimasa hadapan. Ia mengawal
apa niat kita untuk sesuatu agenda yang kita lakukan, bukahkah di dalam Islam
semua tindakan kita bergantung pada niat.
Bersolatlah dan berusaha untuk
mencapai kekusyukan, amat beruntunglah mereka yang sudah mencapainya. Teramat
benarlah bilal yg melaungkan azan mengajak manusia sembahyang dan menuju
kejayaan, kejayaan dunia dan kejayaan akhirat. Negara boleh maju dari segi
ekonomi dan teknologi, tetapi jika kejayaan akhirat dilupakan maka rosaklah
akhlak manusia itu sendiri.


BAGAIMANA PULA DENGAN YANG DIKATAKAN SEBAGAI PUSAT KETENANGAN ITU MAHAGURU?MOHON DIBERI PENERANGAN
ReplyDeletePusat Ketenangan terletak pada Pusat Akal di dalam titik saraf otak manusia dimana ianya mampu berhubungan dengan hati (jiwa) yang mengandungi 'Nur'yang akan membawa minda kearah ketenangan batin.
ReplyDeleteKetenangan Batin merupakan 'Tenaga Yang Diperlambatkan' iaitu minda telah memasuki ke dalam gelombang alfa, theta atau delta.
Semua perkara Material adalah wujud dari tenaga yang diperlambatkan,maka apabila diri kita dikuasai oleh tenaga yang diperlambatkan, tentu kita tidak akan merasai frekuensi getaran tenaga yang lebih pantas.
Maka untuk mengalirkan tenaga yang mempunyai frekuensi getaran yang lebih pantas , kita perlu mengosongkan segala imaginasi dan khayalan yang bersifat materal daripada kotak fikiran melalui meditasi atau 'Tafakur'
Kita perlu menjadikan fikiran kita berada pada titik ‘KOSONG’ yang senyap dan hening yang akan membuka pintu jiwa kita untuk memperolehi tenaga yang lebih pantas iaitu ‘Tenaga Kerohanian’
Pintu Tenaga Kerohanian ini perlu dibuka selebar-lebarnya melalui Titik Ketenangan Batin dengan cara menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dengan sepenuh pasrah dan tawakal.
Pada saat inilah kita berada pada Titik Ketenangan batin yang akan menyelimuti jiwa kita dengan tenaga yang mempunyai frekuensi yang sangat pantas yang dikenali sebagai Tenaga Kerohanian
Untuk maklumat lanjut. saya akan postkan satu catatan tentang Kuasa Minda bertajuk "Akal Dan Kuasa Pemikiran" di Halaman Utama.
wasalam.... (Mahaguru)