Tuesday, 17 January 2012

KUASA SARANAN


 Percaya itu Kuasa

Setiap perkataan yang seseorang ucapkan akan memberikan tindakbalas terhadap pejalanan system dalaman diri terutamanya dari sudut fizikal, emosi dan spiritual. Kata-kata positif akan member kesan positif kepada diri seseorangn sedangkan kata-kata negetif akan mendatangkan kesan negetif pada diri seseorang.

Dalam kaji selidik yang penah dijalankan bahawa janin di dalam rahim ibu sebelum dibacakan ayat-ayat al-Quran sentiasa bergerak aktif dengan berbagai posisi tubuh.  Namun selepas dibacakan ayat-ayat al-Quran beberapa ketika, keaktifan janin mula menurun secara perlahan-lahan, memperlihatkan ketenangan. Kedudukan janin itu berakhir dalam keadaan sujud mengerjakan solat. Ia diam dan berhenti beberapa ketika.

Menurut kajian bahawa setiap pemikiran yang kita fikirkan akan diterjemahkan kepada impuls elektrik yang kemudiannya mengarah pusat kawalan otak untuk mempergaruhi dan mengawal secara elektrik dan kimia setiap emosi, perasaan dan tindakan yang kita lakukan srtiap saat. Maka sudah tentu mesej-mesej positif daripada bacaan al-Quran yang diperdengarkan itu telah mempengaruhi tindakbalas kimia di dalam diri janin tersebut, lantas sifat fitrahnya itu akhirnya membawa ia sujud kepada Penciptanya.

HADAPKAN WAJAH KE BAITULLAH



Kajian sains moden membuktikan bahawa Baitullah merupakan pusat bumi yang meyakinkan kita tentang keistimewaan binaan Kaabah ini. Sebagai binaan terawal yang diciptakan Allah swt di muka bumi ini tentu banyak keistimewaan terhadap persekitaran yang positif yang boleh dibuktikan melalui penemuan saintifik masa kini sebagai asas menjana kekuatan emosi dan spiritual insan. Sekiranya seseorang itu bersikap dan berfikiran positif maka segala kekuatan dan kehebatan yang dikurniaan Allah swt akan terserlah melalui potensi diri manusia yang sebenar.

Tidak ada tempat berhimpunnya muslim dan mukmin dengan tenaga yang cukup positif dan meluap-luap mengerakkan hati dan semangat mereka untuk bertaubat dan melakukan yang terbaik kecuali di bumi Mekah. Begitu juga dengan tawaf yang dilakukan oleh kaum muslimin tanpa henti ketika mengunjungi Baitullah.

Pusingan tubuh-tubuh manusia mengikut pusingan fitrah iaitu arah lawan jam ketika melakukan tawaf maka tenaga elektromagnetik akan dicaj yang akan menghasilkan gelombang elektromagnetik yang sangat besar di sekeliling Kaabah. Bayangkan betapa besar tenaga yang ada jika proses tersebut berlaku lebih ribuan tahun lalu dan berlanjutan hingga kini tanpa henti. Maka disinilah timbul sumber kekuatan fizikal, emosi dan spiritual kepada setiap pengunjunh Baitullah hingga mereka dapat menyempurnakan ibadat yang dikhususkan ketika mereka berada di sana.

Faktor tenaga rohani yang terdapat disekitar Kaabah ini boleh dijadikan pemakin dalam pembinaan diri kearah membina kecemerlangan hidup. Aspek-aspek positif yang dikaitkan dengan Baitullah ini boleh dimanfaatkan dalam aktiviti harian bagi mengukuhkan keyakinan diri kepaa Allah swt. melalui penghayatan ibadah dengan penuh tertib dan sopan.