RAHSIA
KEKUATAN MINDA
Manusia memiliki dua minda iaitu minda sedar (otak belahan kiri) dan minda bawah sedar
(otak belahan kanan). Minda sedar menggunakan logik untuk membuat kesimpulan
dan membuat keputusan. Apabila anda berhadapan dengan berbagai pilihan atau
masalah dalam kehidupan, maka minda sedar akan membuat keputusan untuk memilih
atau menyelesaikan masalah tersebut, bukannya minda bawah sedar.
Namun dengan
latihan tertentu anda boleh mendapati bahawa sebarang keputusan yang dibuat
oleh minda sedar boleh dipandu dan dipengaruhi oleh maklumat yang diperolehi
dari minda bawah sedar.
Dalam
masyarakat kita bentuk permohonan ataupun doa sudah menjadi perkara lazim dan
berlaku secara automatik. Permohonan dan doa ini jarang kita cuba untuk
meningkatkan efisiensi dan keberkesanannya. Kita cuma melakukan dengan cara
kita sendiri dan bersifat naluriah.
Sekiranya anda tidak memberikan minda bawah sedar sebarang matlamat untuk dicapai atau masalah untuk diselesaikan, ia tidak akan berkerja untuk anda. Akan tetapi, sekiranya anda memberikan matlamat yang khusus atau objektif yang konkrit untuk dicapai maka ia akan berkeja bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya kepada anda.
Tetapi
bagi mereka yang kuat menjalankan ibadah mereka mencukupkan diri dengan doa di
dalam sembahyangnya. Atau mereka menjalankan sembahyang hajat atau tahajjud
dengan niat yang khusus untuk sesuatu hajat. Dengan pemusatan yang baik dan
khusyuk, maka nilai getaran doa akan lebih tinggi dan nilai sembahyang pun akan
meningkat disebabkan oleh pemusatan/khusyuk/konsentrasi itulah sebenarnya
rahsia yang utama. Apalagi menghadapkan diri kepada Allah S.W.T dengan sepenuh
hati, jiwa dan rasa kesungguhan, tentulah solat anda akan menjadi lebih tajam
dan mantap.




No comments:
Post a Comment