Percaya itu Kuasa
Setiap perkataan yang seseorang ucapkan akan
memberikan tindakbalas terhadap pejalanan system dalaman diri terutamanya dari
sudut fizikal, emosi dan spiritual. Kata-kata positif akan member kesan positif
kepada diri seseorangn sedangkan kata-kata negetif akan mendatangkan kesan
negetif pada diri seseorang.
Dalam kaji selidik yang penah dijalankan bahawa
janin di dalam rahim ibu sebelum dibacakan ayat-ayat al-Quran sentiasa bergerak
aktif dengan berbagai posisi tubuh.
Namun selepas dibacakan ayat-ayat al-Quran beberapa ketika, keaktifan
janin mula menurun secara perlahan-lahan, memperlihatkan ketenangan. Kedudukan
janin itu berakhir dalam keadaan sujud mengerjakan solat. Ia diam dan berhenti
beberapa ketika.
Menurut kajian bahawa setiap pemikiran yang
kita fikirkan akan diterjemahkan kepada impuls elektrik yang kemudiannya
mengarah pusat kawalan otak untuk mempergaruhi dan mengawal secara elektrik dan
kimia setiap emosi, perasaan dan tindakan yang kita lakukan srtiap saat. Maka
sudah tentu mesej-mesej positif daripada bacaan al-Quran yang diperdengarkan
itu telah mempengaruhi tindakbalas kimia di dalam diri janin tersebut, lantas
sifat fitrahnya itu akhirnya membawa ia sujud kepada Penciptanya.

