Monday, 5 December 2011

KUASA MINDA 4



AKAL DAN PEMIKIRAN MANUSIA

Minda ditakrifkan sebagai proses fikiran sedar dan bawah sedar yang terjalin dan dikaitkan dengan otak terutamanya fikiran yang bersifat kebijaksanaan.

Berfungsi sebagai alat penting untuk memancar getaran jalan fikiran manusia.Ia juga menerima getaran dari minda orang lain.

Imaginasi merupakan alat perantara komunikasi antara jalan fikiran dengan tempat yang dapat siterima melalui rangsangan fikiran.

Fikiran boleh menjadi peka terhadap rangsangan luar apabila dirangsang daya getarannya hingga peringkat tertinggi.

Emosi manusia berkait rapat dengan kekuatan serta dorongan minda manusia.Minda yang dirangsang akan berfungsi dengan baik.

Kebijaksanaan manusia atau tenaga fizikalnya masih belum mampu untuk mengendalikan tenaga gelombang yang menggelorakan air laut.Kebijaksanaannya juga masih belum mampu memahami daya tarikan bumi yang tidak kelihatan yang menjadikan bumi terapung diruang angkasa.

Manusia tidak menghadkan pemikiran mereka kepada perkara yang tidak boleh dilihat sahaja tanpa menghiraukan benda yang boleh dilihat padahal benda yang tidak dapat dilihat itu sentiasa berada disekelilingya.
  
Bagaimana terzahirnya Ilmu Pengetahuan?
  
Akal merupakan urat saraf yang membezakan manusia dengan makhluk hidup yang lain.Ada lima saraf yang membawa khabar dari panca indera ke otak iaitu:
  • pusat akal
  • pusat kemahuan
  • pusat ingatan
  • pusat kesedaran
  • pusat nafsu

Ilmu itu diperolehi dengan nur yang dicampak oleh Allah kedalam hati sesorang.Menurut al imam al-ghazali hati manusia itu mempunyai dua pintu iaitu:
  1. Pintu yang terbuka kearah alam malakut iaitu luh mahfuz dalam alam malaikat.Menurutnya hakikat sesuatu itu adalah tersurat dan gambarannya dapat dicapai oleh pendakian hati yang bersih.
  2. Pintu yang terbuka kearah panca indera yang bertumpang kepada alam mulk dan alam syahadah(kerajaan duniawi dan alam nyata). Pintu ini hanya akan terbuka kepada orang yang berzikir kepada Allah semata-mata.

Kejayaan manusia bermula daripada akal fikiran yang merupakan punca untuk menghasilkan sesuatu. Akal itu nur (cahaya) yang dibekalkan dihati manusia diaman alirannya bersambung sampai ke otak. Firman Allah yang bermaksud:

“ALLAH MENGURNIAKAN HIKMAT(RAHSIA ILMU) KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA:DAN SESIAPA YANG DIKURNIAKAN HIMAT MAKA SUNGGUH DIA TELAH DIBERI KEBAJIKAN YANG BANYAK DAN TIADALAH YANG DAPAT MENGAMBIL PELAJARAN KECUALI ORANG-ORANG YANG BERFIKIRAN.” 
( SURAH AL-BAQARAH AYAT 269.)

Nur cahaya merupakan suatu yang menyebabkan kita Nampak dengan jelas akan sesuatu.Ianya perlu untuk kehidupan yang berhubung dengan agama dan penerimaan petunjuk dari Allah s.w.t..Nur itu terbahagi kepada dua bahagian:
  1. Nur zahir/lahir(hissi): cahaya yang membantu kita melihat sesuatu dengan mata kepala kita sendiri seperti kita melihat sinaran matahari.
  2. Nur batin(ma`nawi): cahaya yang membantu kita melihat sesuatu dengan mata hati terhadap perkara ghaib atau memahami sesuatu hakikat.

Adapun nur ini terbahagi kepada lapan lapan kategori iaitu:
  • Nur iman;  cahaya keimanan sejati yang dapat menembusi segala kegelapan dimana yang nyata keagungan Allah yang menyinari hati insan.
  • Nur al-qalb;  cahaya yang wujud dengan sempurna,diperoleh dari nur iman.
  • Nur ar- ruh;  cahaya yang diperoleh sebab patuh kepada Allah s.w.t. dan suci peribadinya hingga rohnya dapat berhubung dengan alam malaikat.
  • Nur an-nafs;  cahaya peribadi yang wujud berikutan memperoleh cahaya dari nur ar-ruh.
  • Nur as-sirr;  cahaya rahsia yang diperoleh dengan mengenal Allah,diikuti dengan hubungan kepada Maha Pencipta tanpa selain-Nya hingga dapat menyaksikan keajaiban ilahi dialam malakut,alam mulk dan alam syahadah.
  • Nur al-aql;  cahaya aqal yang wujud dengan memperoleh sinaran dari nur as-sirr.
  • Nur al-quran;  cahaya quran yang merupakan Nur Allah s.w.t. yang berhubung rapat dengan zat-Nya.Hakikatnya diserah kepada Allah,Cuma hanya diketahui inilah yang menimbulkan Nur as-sirr dan nur yang lain.
  • Nur al-kasyf;  cahaya singkapan atau nur al-quran yang paling tinggi dan memberi kesan istimewa.Nur ini jugalah yang menyelubungi peribadi nabi Muhammad saw hingga baginda dapat memandang sesuatu dengan izin Allah s.w.t.

FirmaN Allah yang bermaksud:

WAHAI MANUSIA,SESUNGGUHNYA TELAH DATANG KEPADAMU BUKTI KEBENARAN DARIPADA TUHANMU(NABI MUHAMMAD DAN MUKJIZATNYA) DAN KAMI TELAH MENURUNKAN KEPADAMU SATU CAHAYA(AL QURAN)YANG TERANG BENDERANG.”  (SURAH AN-NISAA AYAT 147)

Nur ini jugalah yang dapat membuatkan pandanganmata khalifah umar al-khatab terbuka dan dapat melihat tentera islam yang sedang barjuang menentang tentera parsi dimana beliau mengeluarkan perintah menggempur tentera musuh dengan hebat hingga tentera parsi dapat ditumpaskan.

Titik Ketenangan Batin….

Semua perkara Material adalah wujud dari tenaga yang diperlambatkan. Apabila diri kita dikuasai oleh tenaga yang diperlambatkan, tentu kita tidak akan merasai frekuensi getaran tenaga yang lebih pantas.


Maka untuk mengalirkan tenaga yang mempunyai frekuensi getaran yang lebih pantas , kita perlu mengosongkan segala imaginasi dan khayalan yang bersifat materal daripada kotak fikiran.

Kita perlu menjadikan fikiran kita berada pada titik ‘KOSONG’ yang senyap dan hening yang akan membuka pintu jiwa kita untuk memperolehi tenaga yang lebih pantas iaitu ‘Tenaga Kerohanian’

Pintu Tenaga Kerohanian ini perlu dibuka selebar-lebarnya melalui Titik Ketenangan Batin dengan cara menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dengan sepenuh pasrah dan tawakal.

Pada saat inilah kita berada pada Titik Ketenangan batin yang akan menyelimuti jiwa kita dengan tenaga yang mempunyai frekuensi yang sangat pantas yang dikenali sebagai Tenaga Kerohanian


Sunday, 4 December 2011

HOLOGRAM DIRI MENINGKATKAN TENAGA ROHANI



Fitrah diri setiap insan adalah positif dan sangat mulia yang dipenuhi dengan sifat-sifat terpuji ‘Asmaul Husna’ yang menjadi intipati roh yang ditiupkan ke dalam diri semenjak ia diciptakan. Kita boleh mendapatkan energy positif yang sangat besar dengan Nama-nama Allah yang Sangat Agung ini bagi mengembangkan  sifat-sifat positif dalam diri, disamping membuang sifat-sifat negetif dan keji dalam diri kita.

Sempadan waktu dan ruang sering menyebabkan kita berada  dalam tekanan, kebimbangan, kekecewaan, kerisauan dan seumpamanya. Kita perlu melakukan sesuatu agar kembali kepada fitrah, perasaan yang bebas, fikiran yang bebas daripada ikatan masa dan ruang yang dipanggil ‘Hologram’.

Hati yang bersifat fitrah juga asalnya lembut dan mudah bergetar apabila disebutkan ‘Allah’ tapi akhirnya ia menjadi keras hingga sukar merasai nikmat Iman dan Takwa walaupun disaat kebesaran dan kekuasaan Allah berlaku dihadapan mata.



Meditasi, tafakur dan berzikir boleh membawa rohani kita kepada Sifat hologram ini yang boleh membuatkan kita berasa tenang, bebas, tidak tertekan, tidak rasa kecewa, tidak rasa sakit dan bebas dari ikatan masa dan ruang serta energy diri akan menjadi besar.


RAHSIA SUJUD DALAM SOLAT



Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.


Sujud melegakan sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.


Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
  • membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • melegakan sakit hernia. (burut)
  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • meringankan bahagian pelvis.
  • memberi dorongan supaya mudah tidur.
  • menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  • pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  • bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • mengurangkan kegemukan.
  • pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
  • organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • \mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

KUASA MINDA 3




PUSAT AKAL (Otak Hadapan)

Pusat Akal merupakan kurniaan Allah swt. yang membezakan kita dengan haiwan, tempat terletaknya apa yg kita panggil akal.  Pusat Akal atau otak hadapan adalah “pemandu” kita ke syurga.  Firman Allah swt bermaksud;”Bersolatlah dan sujud menghampirkan diri kepada Allah”  (Surah Al Alaq 96:16)

Pusat Akal ini  seperti CPU pada komputer, seperti CEO sesuatu syarikat jadi jika rosak CPU atau lemah CEO maka keputusan dan tindakan-tindakan yang diambil menjadi tidak betul dan tidak bijak. Jika kita punyai pusat akal yang kuat dan boleh mengawalnya, kita akan lebih kenal diri kita sendiri, boleh mengawal diri untuk mengambil tindakan2 tertentu dan boleh mencorak masa depan yg lebih hebat.

Pusat Akal ini juga menjadi tempat untuk pemikiran yang kritikal dan juga mencipta idea baru, sama seperti tugas CEO syarikat. Ia  akan mengambil semua maklumat  yang tersimpan dari bahagian otak yg lain, memerhatikan apa yg dilakukan oleh bahagian otak yang lain dan juga mengarahkan bahagian otak  tersebut untuk melakukan apa yg perlu. Melalui “database” yg tersimpan dibahagian otak yang lain, ianya menjadi bahan mentah untuk memberi manusia cita-cita, keinginan dan inspirasi untuk mendapatkan sesuatu.

Pusat Akal  akan menimbang semua kemungkinan dan situasi, menganalisa keadaan semasa dan menjangkakan apa yg akan terjadi dari pilihan  yang  dibuat baik dari segi kesan kepada diri sendiri, masyarakat dan juga alam persekitaran. Selepas analisa yang mendalam ini barulah ia akan mengarah bahagian otak yang lain menjalankan apa yang diingini.

Pusat Akal mengandungi 30% hingga 40% daripada jumlah keseluruhan otak manusia yang mana  tiada langsung pada reptilia dan jika ada pun pada haiwan yg lain, peratusnya kecil berbanding dgn manusia. Pada kucing hanya 3.5%, pada anjing 7%, pada keluarga monyet pula peratusnya dari 11 hingga 17%. Jadi jika manusia makin hari makin lemah frontal lobenya, bukankah manusia tersebut akan menyerupai haiwan atau lebih buruk dari itu? Haruan makan anak?

Melalui kajian, ahli sains mengira, pada setiap saat, otak kita memproses 400 billion bit maklumat jika dilihat dari perspektif komputer, tetapi apa yg kita sedar hanyalah 2 ribu bit sahaja, iaitu hanya 0.0000005% sahaja dari proses keseluruhan. Jadi perhatian kita pada sesuatu itu pada masa2 tertentu amatlah sedikit, tetapi Pusat Akal lah yg membolehkan kita mengawal kesedaran kita yg sedikit itu untuk menfokus pada sesuatu perkara

Pusat Akal juga membolehkan manusia belajar dari pengalaman dan memilih tindakan yang lebih bijak dimasa hadapan. Ia mengawal apa niat kita untuk sesuatu agenda yang kita lakukan, bukahkah di dalam Islam semua tindakan kita bergantung pada niat. 

Bersolatlah dan berusaha untuk mencapai kekusyukan, amat beruntunglah mereka yang sudah mencapainya. Teramat benarlah bilal yg melaungkan azan mengajak manusia sembahyang dan menuju kejayaan, kejayaan dunia dan kejayaan akhirat. Negara boleh maju dari segi ekonomi dan teknologi, tetapi jika kejayaan akhirat dilupakan maka rosaklah akhlak manusia itu sendiri.



KUASA MINDA 2



KEAJAIBAN MINDA

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda? 

Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda 

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan. Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari. Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

Berkomunikasi dengan minda ke minda


Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan. Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda. Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras. 

Daya magnet dalam fikiran beremosi 



Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran. Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

 

Mengawal minda untuk lebih berjaya.

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah. Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhka n, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.


Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus. Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

KUASA MINDA 1



RAHSIA KEKUATAN MINDA

Manusia memiliki dua minda iaitu minda sedar (otak belahan kiri) dan minda bawah sedar (otak belahan kanan). Minda sedar menggunakan logik untuk membuat kesimpulan dan membuat keputusan. Apabila anda berhadapan dengan berbagai pilihan atau masalah dalam kehidupan, maka minda sedar akan membuat keputusan untuk memilih atau menyelesaikan masalah tersebut, bukannya minda bawah sedar. 

Namun dengan latihan tertentu anda boleh mendapati bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh minda sedar boleh dipandu dan dipengaruhi oleh maklumat yang diperolehi dari minda bawah sedar.

Dalam masyarakat kita bentuk permohonan ataupun doa sudah menjadi perkara lazim dan berlaku secara automatik. Permohonan dan doa ini jarang kita cuba untuk meningkatkan efisiensi dan keberkesanannya. Kita cuma melakukan dengan cara kita sendiri dan bersifat naluriah.

Sekiranya anda tidak memberikan minda bawah sedar sebarang matlamat untuk dicapai atau masalah untuk diselesaikan, ia tidak akan berkerja untuk anda. Akan tetapi, sekiranya anda memberikan matlamat yang khusus atau objektif yang konkrit untuk dicapai maka ia akan berkeja bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya kepada anda.


Tetapi bagi mereka yang kuat menjalankan ibadah mereka mencukupkan diri dengan doa di dalam sembahyangnya. Atau mereka menjalankan sembahyang hajat atau tahajjud dengan niat yang khusus untuk sesuatu hajat. Dengan pemusatan yang baik dan khusyuk, maka nilai getaran doa akan lebih tinggi dan nilai sembahyang pun akan meningkat disebabkan oleh pemusatan/khusyuk/konsentrasi itulah sebenarnya rahsia yang utama. Apalagi menghadapkan diri kepada Allah S.W.T dengan sepenuh hati, jiwa dan rasa kesungguhan, tentulah solat anda akan menjadi lebih tajam dan mantap.

Saturday, 3 December 2011

MEMBINA KEYAKINAN DIRI



سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي

Manusia merasa dirinya hebat dengan keupayaan luarbiasa dalam memotivasikan dirinya dan orang-orang disekelilingnya dengan peningkatan motivasi sepenuh keyakinan tanpa syak (was-was), Zan (curiga) atau Waham (Sangkaan)yang bersandarkan hakikat bahawa setiap sesuatu yang berlaku pastinya dengan keizinan daripada Allah….

“ Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila menghendaki sesuatu terjadi hanyalah  dengan berkata ‘Kun (jadilah)’ maka terjadilah ia. Maha Suci (Allah) Tuhan ayng memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepada-Nyalah kamu akan dikembalikan” (surah Yaasin ayat 72 – 73)


Bina keyakinan diri bahawa  YANG HEBAT ADALAH ALLAH DAN MANUSIA MENJADI HEBAT KERANA ANUGERAH ALLAH…. Dengan kata lain, Seseorang itu hanya akan dapat merasai dirinya hebat kerana Allah ciptakannya hebat, maka segala kehebatan itu kembali kepada Allah Yang Maha Hebat…!!!!


1.       Kenalpasti keperluan atau masalah yang ingin diselesaikan
2.       Kenalpasti  sebab kenapa tidak dapat memenuhi keperluan tersebut
3.       Timbulkan soalan tentang orang lain yang  telah memperolehi keperluan tersebut secara positif dan mengembirakan
4.       Ulangi pertanyaan tersebut sehingga syak, zan dan waham itu semakin terhakis dari minda
5.       Aktifkan minda bawah sedar agar yakin untuk mengatasi masalah ini dan dapat diselesaikan segera
6.       Berdoa kepada Allah swt agar disenaraikan di dalam golongan orang-orang yang  dipenuhi hajatnya dan dimakbulkan doanya
7.       Kunci dengan KEYAKINAN dan SARANAN DIRI

Saidina Ali ra berkata; “ Takut mempunyai 100 urat, setiap kali seseorang Berjaya menghadapi ujian maka terputuslah satu urat dan akan timbul pula satu keyakinan”.

Untuk mengetahui rahsia membina kekuatan dan keyakinan sila mengikuti Program Pembinaan Insan Gemilang di AKADEMI AURA TRI-QUANTUM

Thursday, 1 December 2011

MINDA BAWAH SEDAR 2




MENGUASAI DIRI SENDIRI DAN FIKIRAN ORANG LAIN

Sebagai ibu bapa, apabila berhadapan dengan anak-anak yang degil, tidak mendengar kata atau malas tentu sahaja memeningkan. Namun sikap negatif si anak boleh diubah dengan menggunakan teknik minda bawah sedar anda sendiri.

Teknik mengawal minda bawah sedar boleh membuatkan orang lain mengikut apa yang terniat atau kehendak kita, tetapi harus diingat, biarlah untuk perkara-perkara yang baik.

Bagi memanfaatkan minda ini, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah seseorang itu sendiri perlu berfikir dan berkata-kata positif sama ada pada diri sendiri atau orang lain. Ia bukan sahaja mempengaruhi diri tetapi juga mereka yang berada disekeliling apabila seseorang itu mengamalkan sikap ini.

Minda Bawah Sedar banyak melakukan tugas untuk kita, iaitu apa sahaja yang terlintas dalam fikiran, akan ditangkap dan disimpan. Melaluinya juga ia boleh bertindak menjaya atau menggagalkan misi seseorang itu, justeru mereka perlu tahu niat dan apa yang dikehendaki.

Contoh paling mudah ialah bagaimana untuk meluahkan hasrat atau perasaan hati mereka kepada seseorang.

Ini boleh dilakukan sama ada kepada anak-anak, suami atau isteri, ketua, rakan atau sesiapa sahaja menggunakan minda bawah sedar.

Kaedah ini juga boleh digunakan untuk semua tujuan seperti membaiki hubungan suami isteri, kerjaya, keuntungan perniagaan, menyembuhkan penyakit dan sebagainya.
Caranya mesti betul, insyaallah sesiapa sahaja boleh mencubanya, asal sahaja ia dilakukan dengan syarat-syarat tertentu.

Seseorang itu mesti membersihkan diri, jiwa dan fikiran, sentiasa berkomunikasi dengan diri sendiri, serta perlu ada keyakinan dan kepercayaan.

Adalah lebih baik jika dilakukan pada tengah malam kerana ketika itu diri berada pada tahap yang paling tenang dan tenteram, tanpa ada sebarang gangguan.

Lebih elok jika dilakukan selepas sembahyang sunat kerana diri kita ketika itu masih bersih.

Ia boleh dimulakan dengan memberi salam untuk menjemput minda bawah sedar si anak datang dengan meletakkan kedua-dua tapak tangan ke kepala anak.

Bayangkan si anak betul-betul berada di hadapan, duduk menanti apa yang ingin disampaikan.

Kemudian katakan perlahan-lahan bahawa kita amat memerlukan dia menjadi anak yang baik, mendengar kata dan apa sahaja yang anda inginkan pada diri si anak. Luahkan apa sahaja perasaan anda ketika itu seperti dia betul-betul berada di hadapan.

Seboleh-bolehnya kawal minda bawah sedar si anak. Ketika bercakap dengannya gunakan perkataan-perkataan yang baik, bahasa dan nada yang lembut dan jelas.
Jangan sesekali meninggikan suara atau menyebut perkataan yang tidak elok semasa berinteraksi.

Teknik ini paling cepat kesannya, jika dilakukan dengan penuh yakin, percaya, tenang dan niat yang positif. Insyaallah, si anak akan sedar apa yang dikehendaki oleh ibu atau bapa terhadap dirinya dengan mengubah tingkah laku dan sikap kepada yang lebih positif.

Kaedah seumpamanya ini tiada kaitan langsung dengan kuasa ghaib, hantu atau jin.  Sebaliknya ia menggunakan sepenuhnya kekuatan minda yang ada pada diri setiap orang.

Kita sebenarnya adalah apa yang kita fikirkan. Jadi jangan sesekali fikirkan sesuatu yang buruk kerana apabila kita sering memikirkan perkara yang buruk, sudah tentu perkara yang buruk terjadi.

Apa sahaja yang terlintas di fikiran, bermakna seseorang itu telah menghantar isyarat supaya ia terjadi. Kejayaan mudah dicapai berbanding kejayaan yang diperoleh melalui saingan sedar.

Ini kerana melalui minda bawah sedar, anda tidak akan perasan pun yang anda sedang bersaing, walaupun hasilnya mungkin mengambil masa yang agak lama. Maka dengan menguasai minda di bawah sedar, seseorang itu boleh memilih apa sahaja yang mereka ingin jadi atau hasratkan.

Anda boleh berjaya jika mahu atau mengubah diri anda kepada sikap yang lebih positif. Ini kerana minda adalah organ pengesan yang menerima apa saja input secara berterusan.

Kaedah Menguasai Minda Bawah sedar

Ada dua kaedah yang digunakan untuk menguasai minda di bawah sedar;
  • PEMERHATIAN
  • PENULISAN

Penulisan adalah kaedah terbaik untuk memprogramkan semula minda. Ini boleh dilakukan dengan menulis hasrat anda setiap hari di dalam sebuah buku.
Misalnya, anda ingin sentiasa gembira, sihat, menjadi pekerja yang baik, mendapat markah lebih baik untuk pelajar, mewujudkan perhubungan yang lebih baik dan sebagainya.

Tulislah sekurang-kurangnya tiga hingga 10 baris menggunakan ayat yang sama setiap hari atau diulang setiap hari.

Melalui kaedah ini anda boleh melihat perubahan diri dalam tempoh 90 hari, sama ada perubahan kecil malah tidak mustahil keinginan anda menjadi realiti.

Setiap individu dibekalkan oleh Allah dengan kelebihan begitu, namun tidak ramai yang tahu memanfaatkan kelebihan yang dimiliki dan tidak tahu teknik menggunakannya.

Apabila anda sudah kenal siapa diri anda, kelebihan dan kekuatan, insyaallah anda akan lebih yakin apabila berhadapan dengan orang lain.


Demensi Baru Kearah Satu Perubahan Yang LuarBiasa.... 

Ketahui RAHSIA MINDA agar dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan Potensi Diri Manusia Sebenar dengan mengikuti program-program motivasi dan kursus Tenaga Dalam, Kuasa Minda dan Kekuatan Rohani di AKADEMI AURA TRI-QUANTUM.
Anda Pasti Berjaya...!!!

MINDA BAWAH SEDAR 1




PERHUBUNGAN ANTARA MINDA SEDAR DENGAN MINDA BAWAH SEDAR 

Apa sahaja setting program yang dimasukkan akan diterima tanpa dipersoalkan oleh minda bawah sedar. 

Tiga saluran atau mode yang berhubung ialah pendengaran, penglihatan dan hati (emosi) yang ketiga-tiganya adalah berpasang-pasang lahir dan batin. Pusat janakuasa adalah HATI. 

Apa sahaja visualisasi, audio dan perasaan yang anda masukkan di dalam sanubari anda semuanya dianggap benar. Sebagai contoh jika anda menonton tayangan gambar . Walaupun ianya sebuah lakonan tetapi minda bawah sedar anda menganggap ianya benar. Jika cerita sedih anda ,tanpa disedari mengalirkan airmata dan begitu sebaliknya 

sebelum anda melakukan teknik ini anda perlu memulakan dengan bacaan Bismillah dan selawat 7 kali. Sebut Allahhuu 7 kali. 

Duduk bersila dalam keadaan selesa dan jika boleh tempat yang nyaman. 

Cantumkan ibu jari,jari telunjuk dan jari hantu di kedua dua tangan yang diletakkan di atas peha (tapak tangan hadap atas) 

Sebelum itu setkan minda anda bahawa apabila anda ingin kembali sedar bilang 1,2,3,4 dan 5 sambil memetik jari anda sebagai suis untuk anda sedar dalam keadaan normal. 

Sekarang pejamkan kedua belah mata anda. Cuba kosongkan fikiran . Bayangkan anda merehatkan otot-otot bermula dari tapak kaki hingga ke hujung kepala. Bermakna anda tidak menguasai lagi otot-otot anda dan ianya berada dalam keadaaan santai dan rehat.latar pandangan anda PUTIH. 

Tarik nafas panjang dan hembuskan berulang kali sehingga rasa amat relax. 

Seterusnya lakukan nafas berentak iaitu 4 / 2 / 4 iaitu 4 detik tarik nafas. 2 detik tahan nafas dan 4 detik hembus nafas. Tarik melalui hidung dan hembus melalui mulut. Anda juga boleh lakukan 6 / 3 / 6 atau 8 / 4 / 8 . Bayangkan semasa anda menarik nafas anda menyedut getaran/ gelombang tenaga dari tenaga alam seperti tanah, tumbuhan, angin, cahaya dan air masuk ke dalam tubuh anda sehingga berada 2 inci di bawah pusat anda. Bayangkan dari pusat tersebut tenaga secara berpusat mengalir ke segenap tubuh badan anda. secara pancaran mentari,. 

Apabila anda menghembuskan nafas, bayangkan segala kekotoran, penyakit, kegelisahan dan tenaga yang lemah serta sesuatu pengalaman yang menyakitkan perasaan anda keluar dari mulut anda. Lakukan berulang kali sehingga anda berada dalam keadaan sawai. 

Selepas itu bilang dalam hati 100 hiingga 1,. Katakan pada diri semakin menurun nombor semakin anda berasa tenang. Sewaktu membilang dalam nombor menurun . jadikan penglihatan anda berada pada tengah-tengah alis mata anda seolah-olah mata anda hanya satu iaitu di tengah alis mata. 

Hasilnya anda akan 'melihat' bulatan warna ungu yang besar dan bergerak ke hadapan semakin mengecil. Seolah olah anda lihat satu terowong (channel) . Ianya berputar-putar lawan jam. 

Anda sekarang berada dalam laluan yang menghubungkan minda sedar dengan dunia minda bawah sedar. 

Setelah anda berada di alam ini maka anda boleh setting peribadi mana yang anda inginkan 

Sebagai latihan awal anda visualkan anda berada di satu tempat yang kering kontang. Apabila anda melalui kawasan itu tiba-tiba kawasan tersebut ditumbuhi rumput menghijau, pokok-pokok yang kering mulai berdaun dan mengeluarkan buah serta sungai yang kering dilimpahi air. Bunga-bunga mulai berkembang. Di mana sahaja anda lalui di situ kawasan akan subur.

LIhat visual permandangan tersebut dengan terang dan berwarna warni. Hidulah bau wangi rumput dan bunga-bungaan yang berkembang. Dengarkanlah arus sungai yang mengalir dan desiran angin sepoi-sepoi bahasa. 

Rasailah perasaan yang amat hebat. Ketenangan, kedamaian dan kenikmatan ,kehebatan mennyelinapi sanubari anda alam ciptaan Tuhan. Anda akan merasai suatu perasaan , belaian alam yang sungguh menakjubkan. Sehinggakan anda berasa suatu perasaan bersyukur yang jauh bermakna kepada kehebatan dan kebesaran Allah.

Ingat! Jangan terlalu asyik sehingga anda tidak mahu 'pulang' . Bilang 1,2,3,4 dan 5 sambil petik jari dan sedarlah pada mood normal.BUKA MATA ANDA. Anda akan merasai kesannya. SEGAR DAN TERAMAT SANTAI JIWA. 



Demensi Baru Kearah Satu Perubahan Yang LuarBiasa.... 

Ketahui RAHSIA MINDA agar dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan Potensi Diri Manusia Sebenar dengan mengikuti program-program motivasi dan kursus Tenaga Dalam, Kuasa Minda dan Kekuatan Rohani di AKADEMI AURA TRI-QUANTUM.
Anda Pasti Berjaya...!!!

MINDA BAWAH SEDAR



Di dalam kehidupan seharian kita, biasanya kita akan bermonolog atau berkata dengan diri sendiri. Apabila kita marah atau gembira atau sebagainya, seringkali kita berceloteh dengan diri sendiri, ramai orang mengaitkan dengan berkata di dalam hati. Sebenarnya kita berkomunikasi dengan minda bawah sedar kita. Sebab itu ramai orang menyarankan untuk sentiasa berfikiran positif, kerana jika kita berfikiran positif, perkara-perkara yang positif akan datang ke dalam hidup kita. Disebabkan minda bawah sedar kita ini akan membantu kita dalam mencapai apa jua yang kita ingini. Justeru itu, jika kita sering berfikiran negatif, apa yang kita akan capai adalah benda yang negatif jua.

Bermula dari sekarang, ubahlah cara kita berfikir, kerana ianya akan membantu kita mencapai lebih banyak perkara positif di dalam kehidupan. Gunakanlah minda bawah sedar kita ini dengan sebaik-baiknya, kerana ianya telah dibuktikan, kuasa minda bawah sedar kita ini adalah jauh lebih kuat dari minda sedar kita. Dalam suatu majlis budak-budak sekolah, satu demontrasi minda bawah sedar ini telah dilakukan, di mana 4 kerusi telah disusun, dan seorang pelajar di minta untuk berbaring di atas kerusi tersebut. Pelajar itu disuruh untuk fokus mengatakan beliau adalah papan dan batu. Setelah lebih kurang 5 minit, pelajar itu telah menjadi “papan dan batu”. 2 kerusi di tengah-tengah dialihkan dan badan pelajar tersebut tetap lurus tanpa bengkok walau sedikitpun, untuk menjadikan ujian tersebut lebih kukuh, seorang pelajar lain di minta untuk duduk di atas pelajar yang berbaring itu, tetapi hasilnya tetap sama, badan pelajar yang berbaring itu tetap lurus. Kemudian pelajar yang lain berjalan atas badan pelajar berbaring tersebut, masih sama keputusannya, tetap lurus.

Di sini kita dapat lihat bagaimana minda bawah sedar pelajar tersebut telah menjadikan badannya seolah-olah papan dan batu, keras dan rata sifatnya. Begitulah kekuasaannya yang perlu kita gunakan, jika kita ingin mencapai apa juga yang kita telah fikirkan, cubalah dari sekarang untuk menggunakan kuasa minda bawah sedar kita ini, kerana pasti ianya akan membantu kita dalam perjalanan mencapai matlamat tersebut. Buanglah fikiran negatif dalam hidup kita, jika orang lain negatif, berilah nasihat, tetapi jika mereka enggan mendengar, usahlah kita teruskan fikiran negatif tersebut. Hindarkan diri dari orang sebegini dan carilah mereka yang berfikiran positif. Kita tidak mampu untuk mengubah cara orang lain berfikir, tetapi kita mampu untuk mengubah cara diri kita berfikir.

Punca utama anda tidak mencapai apa yang anda kehendaki dalam kehidupan adalahkerana anda tidak tahu berkomunikasi dengan Minda Bawah Sedar atau berkemungkinan anda menghantar mesej yang salah.

Kita hanya menggunakan 10% darikekuatan minda selainnya tidak digunakan dengan betul menyebabkan 75% daripada usaha kita menemui kegagalan.

Bayangkan apa akan berlaku jika kita memaksimumkan penggunaan minda kita itu. Pastinya keajaiban akan berlaku

Sebenarnya fikiran kitalah yang membentuk peribadi kita. Dan arahan fikiran kita adalah faktor utama yang menentukan perjalanan hidup kita

Demensi Baru Kearah Satu Perubahan Yang LuarBiasa.... 

Ketahui RAHSIA MINDA agar dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan Potensi Diri Manusia Sebenar dengan mengikuti program-program motivasi dan kursus Tenaga Dalam, Kuasa Minda dan Kekuatan Rohani di AKADEMI AURA TRI-QUANTUM.
Anda Pasti Berjaya...!!!