Thursday, 1 December 2011

MINDA BAWAH SEDAR 2




MENGUASAI DIRI SENDIRI DAN FIKIRAN ORANG LAIN

Sebagai ibu bapa, apabila berhadapan dengan anak-anak yang degil, tidak mendengar kata atau malas tentu sahaja memeningkan. Namun sikap negatif si anak boleh diubah dengan menggunakan teknik minda bawah sedar anda sendiri.

Teknik mengawal minda bawah sedar boleh membuatkan orang lain mengikut apa yang terniat atau kehendak kita, tetapi harus diingat, biarlah untuk perkara-perkara yang baik.

Bagi memanfaatkan minda ini, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah seseorang itu sendiri perlu berfikir dan berkata-kata positif sama ada pada diri sendiri atau orang lain. Ia bukan sahaja mempengaruhi diri tetapi juga mereka yang berada disekeliling apabila seseorang itu mengamalkan sikap ini.

Minda Bawah Sedar banyak melakukan tugas untuk kita, iaitu apa sahaja yang terlintas dalam fikiran, akan ditangkap dan disimpan. Melaluinya juga ia boleh bertindak menjaya atau menggagalkan misi seseorang itu, justeru mereka perlu tahu niat dan apa yang dikehendaki.

Contoh paling mudah ialah bagaimana untuk meluahkan hasrat atau perasaan hati mereka kepada seseorang.

Ini boleh dilakukan sama ada kepada anak-anak, suami atau isteri, ketua, rakan atau sesiapa sahaja menggunakan minda bawah sedar.

Kaedah ini juga boleh digunakan untuk semua tujuan seperti membaiki hubungan suami isteri, kerjaya, keuntungan perniagaan, menyembuhkan penyakit dan sebagainya.
Caranya mesti betul, insyaallah sesiapa sahaja boleh mencubanya, asal sahaja ia dilakukan dengan syarat-syarat tertentu.

Seseorang itu mesti membersihkan diri, jiwa dan fikiran, sentiasa berkomunikasi dengan diri sendiri, serta perlu ada keyakinan dan kepercayaan.

Adalah lebih baik jika dilakukan pada tengah malam kerana ketika itu diri berada pada tahap yang paling tenang dan tenteram, tanpa ada sebarang gangguan.

Lebih elok jika dilakukan selepas sembahyang sunat kerana diri kita ketika itu masih bersih.

Ia boleh dimulakan dengan memberi salam untuk menjemput minda bawah sedar si anak datang dengan meletakkan kedua-dua tapak tangan ke kepala anak.

Bayangkan si anak betul-betul berada di hadapan, duduk menanti apa yang ingin disampaikan.

Kemudian katakan perlahan-lahan bahawa kita amat memerlukan dia menjadi anak yang baik, mendengar kata dan apa sahaja yang anda inginkan pada diri si anak. Luahkan apa sahaja perasaan anda ketika itu seperti dia betul-betul berada di hadapan.

Seboleh-bolehnya kawal minda bawah sedar si anak. Ketika bercakap dengannya gunakan perkataan-perkataan yang baik, bahasa dan nada yang lembut dan jelas.
Jangan sesekali meninggikan suara atau menyebut perkataan yang tidak elok semasa berinteraksi.

Teknik ini paling cepat kesannya, jika dilakukan dengan penuh yakin, percaya, tenang dan niat yang positif. Insyaallah, si anak akan sedar apa yang dikehendaki oleh ibu atau bapa terhadap dirinya dengan mengubah tingkah laku dan sikap kepada yang lebih positif.

Kaedah seumpamanya ini tiada kaitan langsung dengan kuasa ghaib, hantu atau jin.  Sebaliknya ia menggunakan sepenuhnya kekuatan minda yang ada pada diri setiap orang.

Kita sebenarnya adalah apa yang kita fikirkan. Jadi jangan sesekali fikirkan sesuatu yang buruk kerana apabila kita sering memikirkan perkara yang buruk, sudah tentu perkara yang buruk terjadi.

Apa sahaja yang terlintas di fikiran, bermakna seseorang itu telah menghantar isyarat supaya ia terjadi. Kejayaan mudah dicapai berbanding kejayaan yang diperoleh melalui saingan sedar.

Ini kerana melalui minda bawah sedar, anda tidak akan perasan pun yang anda sedang bersaing, walaupun hasilnya mungkin mengambil masa yang agak lama. Maka dengan menguasai minda di bawah sedar, seseorang itu boleh memilih apa sahaja yang mereka ingin jadi atau hasratkan.

Anda boleh berjaya jika mahu atau mengubah diri anda kepada sikap yang lebih positif. Ini kerana minda adalah organ pengesan yang menerima apa saja input secara berterusan.

Kaedah Menguasai Minda Bawah sedar

Ada dua kaedah yang digunakan untuk menguasai minda di bawah sedar;
  • PEMERHATIAN
  • PENULISAN

Penulisan adalah kaedah terbaik untuk memprogramkan semula minda. Ini boleh dilakukan dengan menulis hasrat anda setiap hari di dalam sebuah buku.
Misalnya, anda ingin sentiasa gembira, sihat, menjadi pekerja yang baik, mendapat markah lebih baik untuk pelajar, mewujudkan perhubungan yang lebih baik dan sebagainya.

Tulislah sekurang-kurangnya tiga hingga 10 baris menggunakan ayat yang sama setiap hari atau diulang setiap hari.

Melalui kaedah ini anda boleh melihat perubahan diri dalam tempoh 90 hari, sama ada perubahan kecil malah tidak mustahil keinginan anda menjadi realiti.

Setiap individu dibekalkan oleh Allah dengan kelebihan begitu, namun tidak ramai yang tahu memanfaatkan kelebihan yang dimiliki dan tidak tahu teknik menggunakannya.

Apabila anda sudah kenal siapa diri anda, kelebihan dan kekuatan, insyaallah anda akan lebih yakin apabila berhadapan dengan orang lain.


Demensi Baru Kearah Satu Perubahan Yang LuarBiasa.... 

Ketahui RAHSIA MINDA agar dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan Potensi Diri Manusia Sebenar dengan mengikuti program-program motivasi dan kursus Tenaga Dalam, Kuasa Minda dan Kekuatan Rohani di AKADEMI AURA TRI-QUANTUM.
Anda Pasti Berjaya...!!!

No comments:

Post a Comment