Tuesday, 17 January 2012

KUASA SARANAN


 Percaya itu Kuasa

Setiap perkataan yang seseorang ucapkan akan memberikan tindakbalas terhadap pejalanan system dalaman diri terutamanya dari sudut fizikal, emosi dan spiritual. Kata-kata positif akan member kesan positif kepada diri seseorangn sedangkan kata-kata negetif akan mendatangkan kesan negetif pada diri seseorang.

Dalam kaji selidik yang penah dijalankan bahawa janin di dalam rahim ibu sebelum dibacakan ayat-ayat al-Quran sentiasa bergerak aktif dengan berbagai posisi tubuh.  Namun selepas dibacakan ayat-ayat al-Quran beberapa ketika, keaktifan janin mula menurun secara perlahan-lahan, memperlihatkan ketenangan. Kedudukan janin itu berakhir dalam keadaan sujud mengerjakan solat. Ia diam dan berhenti beberapa ketika.

Menurut kajian bahawa setiap pemikiran yang kita fikirkan akan diterjemahkan kepada impuls elektrik yang kemudiannya mengarah pusat kawalan otak untuk mempergaruhi dan mengawal secara elektrik dan kimia setiap emosi, perasaan dan tindakan yang kita lakukan srtiap saat. Maka sudah tentu mesej-mesej positif daripada bacaan al-Quran yang diperdengarkan itu telah mempengaruhi tindakbalas kimia di dalam diri janin tersebut, lantas sifat fitrahnya itu akhirnya membawa ia sujud kepada Penciptanya.

No comments:

Post a Comment