Kajian sains moden membuktikan bahawa Baitullah
merupakan pusat bumi yang meyakinkan kita tentang keistimewaan binaan Kaabah
ini. Sebagai binaan terawal yang diciptakan Allah swt di muka bumi ini tentu
banyak keistimewaan terhadap persekitaran yang positif yang boleh dibuktikan
melalui penemuan saintifik masa kini sebagai asas menjana kekuatan emosi dan
spiritual insan. Sekiranya seseorang itu bersikap dan berfikiran positif maka
segala kekuatan dan kehebatan yang dikurniaan Allah swt akan terserlah melalui
potensi diri manusia yang sebenar.
Tidak ada tempat berhimpunnya muslim dan mukmin
dengan tenaga yang cukup positif dan meluap-luap mengerakkan hati dan semangat
mereka untuk bertaubat dan melakukan yang terbaik kecuali di bumi Mekah. Begitu
juga dengan tawaf yang dilakukan oleh kaum muslimin tanpa henti ketika
mengunjungi Baitullah.
Pusingan tubuh-tubuh manusia mengikut pusingan
fitrah iaitu arah lawan jam ketika melakukan tawaf maka tenaga elektromagnetik
akan dicaj yang akan menghasilkan gelombang elektromagnetik yang sangat besar
di sekeliling Kaabah. Bayangkan betapa besar tenaga yang ada jika proses
tersebut berlaku lebih ribuan tahun lalu dan berlanjutan hingga kini tanpa
henti. Maka disinilah timbul sumber kekuatan fizikal, emosi dan spiritual
kepada setiap pengunjunh Baitullah hingga mereka dapat menyempurnakan ibadat
yang dikhususkan ketika mereka berada di sana.
Faktor tenaga rohani yang terdapat disekitar
Kaabah ini boleh dijadikan pemakin dalam pembinaan diri kearah membina
kecemerlangan hidup. Aspek-aspek positif yang dikaitkan dengan Baitullah ini
boleh dimanfaatkan dalam aktiviti harian bagi mengukuhkan keyakinan diri kepaa
Allah swt. melalui penghayatan ibadah dengan penuh tertib dan sopan.

No comments:
Post a Comment