Monday, 21 November 2011

PROFIL PENGASAS


 Mahaguru Samson Bin Subari

Mahaguru Samson Bin Subari adalah Yang Dipertua Pertubuhan Seni Silat Gabungan GerakPanca (PSSGGP). Beliau dilahirkan di kampong peserai kecil, simpang lima, batu pahat. Johor.  Sejak berumur 12 tahun lagi, beliau telah berminat mempelajari berbagai ilmu persilatan dari guru-guru dan orang-orang tua di seluruh tanah air. Beliau telah mempunyai beberapa gelanggang silat di sekitar batu pahat sejak berusia 15 tahun lagi.
Diantara gelanggang persilatan masa kini ialah;
1.       GELANGGANG INDUK KG PESERAI KECIL, SPG 5 BATU PAHAT.
2.       CAWANGAN GELANGGANG TMN BUKIT PERDANA.
3.       CAWANGAN GELANGGANG KG BATU PUTIH.
4.       CAWANGAN GELANGGANG TMN SRI WANGSA.
5.       CAWANGAN GELANGGANG TAHFIZ AL-QURAN KG DALAM
6.       KELAB SILAT SEK MEN KEB DATO ONN
7.       KELAB SILAT SEK MEN KEB BANANG JAYA

Beliau merupakan pengasas Pertubuhan Seni Silat Gabungan Gerakpanca (PSSGGP) batu Pahat Johor yang mempunyai lima cabang ilmu persilatan iaitu;
1.       ILMU MEMPERTAHANKAN DIRI GERAKPANCA
2.       ILMU TENAGA DALAM INDERASAKTI
3.       ILMU KEBATINAN WANGSASAKTI
4.       ILMU PERMAINAN SENJATA CAKRA BUANA
5.       ILMU PERUBATAN TRADISIONAL SYIFA’ AL-QUBRA


Kesemua ilmu ini adalah hasil kajian dan penelitian beliau semasa mempelajari dan mengamalkan semua ilmu persilatan, kebatinan dan kerohanian.
Aura Terapi Tri-Quantum adalah kajian terbaru beliau dalam sains metafizik yang berkait rapat dengan sumber kekuatan manusia melalui olah pernafasan, kuasa minda dan kerohanian yang terbahagi kepada 3 modul iaitu;
1.       MODUL PIRAMID DIRI – Menarik Tenaga Prana Matahari, Bumi dan Udara
2.       MODUL PIRAMID MINDA – Menarik Tenaga Kosmik
3.       MODUL PIRAMID JIWA – Menarik Tenaga Rohani

Program Pembinaan Insan Gemilang dan Potensi Diri Sebenar yang berdasarkan Aura Terapi Tri-Quntum mampu dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat agar dapat mempertingkatkan potensi diri manusia yang sebenar.

No comments:

Post a Comment